Saturday 13 May 2017

London Court



Yang ni menarik tetiba rasa macam kat London padahal kat Australia ( takpela Komanwelkan). Sangat menarik konsep mall ni






Keluar dari sini terus ke Hay Street




Fremantle Perth and Australia's Chocolates

Tak sah kalau pergi Perth tak pergi Fremantlekan...bole naik train atau feri ke fremantle. Tambang  train one way $4.60 . Sampai stesen bole naik cat bas kami target makan fish and chips dulu.Kat sini sama CAT bas  percuma.


Bus Stop : fishing boat harbor ( bole juga pergi e-shed market kat stesen fremantle atau pergi fremantle market ( bus stop nama yang sama). 
Harini ada fellow Malaysian , Acap travel sekali. Elokla gak dia ada...sebab meja Kaili's penuh dengan orang Malaysia( grup Aia) ...kalau sorang acaner nak cop meja and pergi beli makan sekali? lama gak kami berdiri tunggu meja sampaila ada uncle dr Malaysia yang bagi kami meja.

BTW kat sini ada 3 main restoren fish and chips : Kaili's , Cicerello's lagi satu tak ingat.
Ada yang kata yang femes tu murah sikitla....tp I pun baca blog yang kata halal and mostly yang nama akan dimention ialah Kaili;s 


Tada... beli yang original fish and chips $11+ nanti akan dapat buzzer ala cafe Korea.
Tips: bawak sos cili peket dari Malaysia kalau sama macam I nak makan ngan sos cili. ( tartar sauce akan diberi percuma ) tapi boleh beli sauce2 lain kat Kailis's tu. Kenyang!


Dekat bas stop ada Muzium Shipwreck  ( masuk percuma tp direkemenkan donate) haritu saya sedekah senyuman je dekat staff lol. dia tulis rekemen donate $5 (memang masuk teringat Jack Sparrow)






bole gak kalau nak berbasikal

Antara barang2 yang di jual :


Keluar dari market boleh jalan sikit kalau nak melawat Fremantle Prison.
ni hiasan je luar fremantle market


prison break plak


Sebelum balik kami singgah Coles beli coklat dulu.
Rambang mata semua I nak try. Kalau coklat bawah production Mars ada logo halal australia tapi baca ingredients Nestle( cadbury dan kit kat) ok je soy gelatin so sila periksa ingredients dulu.

















Kings Park























Kings park adalah taman yang penuh dengan bunga dan rumput2 hijau. Boleh naik cat bas ke sini tapi menapak naik bukitlah.


Nampak semua baring2 ni baru kat bawah bukit





ada event sempena hari anzac ke -100 ( lebih kurang hari pahlawan)

evening service memorial





Join sekaki

wedding photo shoot

Ada cafe juga di sini, sebab lapar sangat sempatla tanya cafe tu wedges tu goreng pakai minyak apa? Dia cakap vege oil...orderla 1 bekas...ya ampun banyak gila patutla $6 lol




Tuesday 9 May 2017

Penguin Island, Rockingham


Dah alang2 sampai Australia, kenala gak pergi atleast 1 pulaukan. Elok pulak ada penguin Island, bolelah jumpa makhluk yg comel ni.

Untuk ke Rockingham boleh naik train. Kalau dari Malaysia hall ni, naik CAT bus berhenti di Perth Underground. Beli tiket Day rider $12, sebab tiket sehala sahaja $7 ( sah untuk 2 jam tp tak sempat punya kalau ke Penguin Island ni) so save $2 dah  kat situ dari beli  tiket pergi dan balik asing. ada jugak pass family rider.  Kalau dah beli day rider ni boleh pakai sehari suntuk naik bas, train and ferry Transperth (  Ferry transperth yang I tau pergi Perth Zoo lah) Kalau nak pergi hari yang sama ke Blue boat house pun boleh...jimat $3



Dari Rockingham Stesen  pergi platform 9 atau 10 naik bas 551/552/553 - berhenti di Penguin & Watts Road. Tunjuk tiket day rider tadi. Driver sini baik2 tak tau nak berhenti mana pun cakap je saya nak pergi Penguin Island tolong bgtau bila nak berhenti.




Nanti nampak ada cafe dan kedai .Boleh beli tiket ke Penguin Island. Dia ada macam2 pakej. Pakej tengok dolphin paling mahal $85,
Nak tengok Penguin  kena follow Penguin Feeding time dekat Discovery Centre -setiap 10;30 / 12:30 dan 2,30pm. ( Feri + penguin feeding  $25 untuk dewasa)
Lagi satu pilihan pakej Penguin Feeding + Sealion cruise $39 . Yang ni kalau lucky tersermpak dengan group of dolphin juga . Setiap  10.15am, 11.15am & 1.15pm  
Penguin Island memang tempat Penguin tapi mmg susah nak jumpa wild penguin. banyak yang datang sebab berkelah and snorkel.
Details  : http://www.penguinisland.com.au/visitor-info-penguin-island

di jeti Mainland -inila binatang yang paling aku tak nak tengok
Sini ada sandbar boleh juga berjalan ke Penguin Island tapi mmg dah dorg dah letak warning siap2 ada yang pernah lemas so dinasihatkan naik boat juga walaupun 5 minint je.





I amik pakej sea lion + penguin feeding. Kita akan tukar boat lain untuk tengok Sea lion. Akan nampak juga burung pelican , camar














spot the camel

crystal clear boat tapi mmg Alga jelah...ikan kecik nampak masa boat di jeti.masa gerak nampak bubbles je

Dah habis tour tunggula waktu untuk penguin feeding session.


Spesis penguin paling kecil, juga dikenali sebagai blue penguin.

dapat kat aku ni namanya raven ( sempena x men lol)


Video waktu beria . Penguin yang di Discovery Centre ni yang disahkan kalau dibiarkan di luar mungkin akan mati.



Kat Penguin Islani ni takde jual makanan atau air so kena bawak siap2 or beli kat Pengos' cafe dekat tempat beli tiket .


I makan Brahim's je, dah duduk Malaysia Hall berlambak bekas Microwave ni so pinjamla kejap ..tenang je makan sambil mengadap laut.

Sekitar Pulau ni nampakla rumah2 penguin yang dibina untuk penguin liar.


Bila nak balik ada nampak org yang amik risk sand bar ni...takpela dia terrer berenanglahtu.



Nak naik bas ke Rockinghim Stesen balik boleh check apps transperh tu untuk timing sebab frequency low sejam 1. Apps ni akan tunjuk bas stop mana yang berdekatan ngan kita n timing bas. Masa nak tunggu ni siap terserempak ayah dan anak prektis rollerblade. Ramah2 org Australia ni bila lalu ayah ni malu agaknya sebab anak dia yang ajar ...dia terus cakap "she makes me do it lol"
Kurangla yang racist ke apa..kalau pergi Blue Boat tu siap driver tu melawak kalau cakap student dia bole bagi harga student ( sebab masa tu cakap nak berhenti kat UWA) tp sebab cakap no dia takle lah bg dah.Ada 1 je dalam tren nak balik budak perempuan cakap " Mum she is behind you Mum" tp masa tu aku penat sgt dapat kerusi aku terus pejam mata tak layan (serius lepas dengar ayat tu terus lelap haha) ..Lagi pun budak tu more to curious tengok pakai tudung aku rasa dari rude.