Wednesday 27 July 2016

AirBnB di Hokkaido -

AirBnB is the best alternative besides hotel. It is cheaper and can comes with facilites such as kitchen , washing machine and microwave.

Use this invite code ,$20 discount once you sign up. / Diskaun RM65 kali pertama daftar dengan airbnb.

www.airbnb.com/c/zabidin1

Update 2018 : Jepun telah memperkenalkan akta terbaru di Jepun di mana airbnb hendaklah mempunyai lesen. Untuk mempunyai lesen perlulah mematuhi beberapa peraturan yg ditetapkan. Peraturan ini telah menyebabkan banyak tempahan yg terpaksa dibatalkan.
Untuk lebih maklumat lanjut boleh rujuk vlogger di bawah :




Kami stay di Airbnb Asahikawa dan Sapporo.
Asahikawa : Tuan rumah  siap bagi 1000 yen duit taxi. Rumahnya pun cantik dan walaupun di jepun berkonsepkan english. Pink pink gitu. Kami ke sini pakai GPS tp tak perasan ada 2 rumah unit number sama cuma blok lain. Terpaksa kacau auntie presume jiran , tapi auntie ni baik siap jalan tunjuk dan tunggu sampai boleh bukak kunci dalam postbox. Next time kena bawakla snek malaysia muruku ke keropok ke, boleh juga promote sambil berterima kasih.
Rumah mcm  ni sesuai untuk sorg /2 je...bila bayangkan alahai auntie ni duduk seorang je ke untuk rumah sekecil ni. mmg minimalist sungguh. Anyway bukak inbox airbnb baru perasan tuan umah dah bgtau umah ni dia ada letak sign coz ada 2 unit no.sama hahaha*always check your inbox
Di jepun kena follow rules sampah kena separate untuk recycle purpose. Kecil je- konsep  apartment studio. Ada katil,wifi, dapur , bilik air dan toilet separate. Tuan rumah pun responsive apabila tanya pakai Airbnb messenger. Yang problem air panas, sekali kena on machine dia . Yang part tu dia lupa label tp tanya dalam message dia cepat je bgtau kat mana mesin air panas tu...remote tv, tong sampah semua dia label english.

Rumah ni dilengkapi washing machine, microwave sempatla kami basuh baju tinggal 2 malam di sini. Rumah ni ada heater sesuai juga untuk winter.

Lokasi : 15 min dari Asahikawajo .
Walaubagaimanapun terdapat bas direct ke Stesen Jr. asahikawa*190 yen.  Kami dapat panduan menaiki bas dari pejabat tourism Asahikawa .Siap bg note untuk driver bas bgtau kami perlu turun di mana. Details bas saya dah letak di bahagian review page airbnb pada sesiapa yang bakal stay di rumah ini di masa hadapan.



lawa sangat...with bidet

Sebab tuan umah ni ok , kebetulan ada brooch tak pakai lagi, tinggallah 1 dekat meja sebagai souvenir. hehe dia cakap thanks. Tapi tak boleh tahan dia bg review balik , she cleaned the house. Yang realitinya semua sampah kami buang ke tong sampah recycle sebab confuse nak biar ke kena letak kat tong sampah recycle lol. Ada 3 tong sampah 1 dekat bilik air,ruang tamu dan yang recycle di dapur.



Airbnb di Sapporo ( option paling murah yang ada)
Tuan rumah agak kurang responsive maybe sebab kurang mahir english. Tapi mintak direction mmg tak dpt dia jawab yes je lol. Kami pakai GPS  juga bila dah dekat terpaksa la tanya local untuk  blok dan bangunan  ( sebab address dalam bahasa jepun)  Jumpa auntie lg , dia tgh tanam bunga, dia pun mintak tolong student yg lalu , elokla student ni tau english . rupanya  bangunan  sebelah sahaja. Tapi ok gak Tuan rumah tanya dulu air panas ada ke * mungkin ini soalan yg selalu ditanya foreigner lol* tp tong sampah tidak dilabel hanya dalam bahasa jepun sahaja.

Rumah ni opposite  dr rumah asahikawa haha tapi dari listing dah tau dah, takde internet, takde washing machine ,microwave dan aircond. Maka haritu kami pasang kipas sahaja. Tilam mmg nipis, last2 sekali pakai tilam utk extra person tidur atas lantai sahaja. Tapi basic need cukupla ,heater pun ada.

Lokasi : 5 min dari subway Kotoni




dalam citer jepun  selalu nampak meja ada selimut untuk winter


No comments:

Post a Comment